Istilah ujian DNA meniti di bibir masyarakat kita - hasil sumbangan
peningkatan kes jenayah dan lambakan siri drama penyiasatan yang
ditayangkan di televisyen. Namun tahukah anda apa yang dimaksudkan
dengan DNA dan ujian DNA itu? DNA ialah singkatan kepada asid
deoksiribonukleik, satu molekul penting bagi semua sel hidup.
Menurut Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Pasca Siswazah),
Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Dr Zafarina
Zainuddin, DNA ialah sejenis molekul yang terdapat dalam semua sel,
kecuali sel darah merah. Ia adalah molekul yang menyimpan kod genetik
yang menentukan semua ciri-ciri manusia seperti warna kulit, mata, jenis
rambut dan sebagainya.
DNA dalam semua jenis sel dalam satu individu adalah sama. Ini bermakna, DNA dari air liur, rambut, darah atau air mani adalah sama bagi setiap orang. Bukan manusia saja yang mempunyai DNA malah semua organisma hidup termasuk tumbuhan, haiwan dan bakteria juga mempunyai DNA. Ia adalah molekul asas yang sangat penting dalam semua organisma hidup.
Menariknya, DNA bagi setiap individu di atas muka bumi ini adalah unik iaitu berbeza antara satu sama lain kecuali bagi kembar seiras. Inilah sebabnya ujian DNA digunakan dalam penyelesaian banyak kes jenayah atau bagi penentuan keturunan khususnya untuk kes perebutan anak (yang tidak diketahui bapanya) seperti kerap terjadi di negara Barat.

Teknik ujian DNA mula dilaporkan oleh Sir Dr Alec Jeffreys dari
Universiti Leicester, England pada 1984 dan kini menjadi asas kepada
data DNA kebangsaan sesebuah negara. Kaedah yang dipelopori Dr Jeffreys
ini kemudiannya dikomersilkan (sesiapa boleh mendapatkan ujian ini) pada
1987 apabila syarikat kimia, ICI, membuka pusat ujian darah di England.
Apa yang dimaksudkan dengan profil DNA? “Profil DNA adalah hasil yang diperoleh daripada analisis ke atas DNA seseorang. Ia seperti kod bar (bar code) pada setiap barang di pasar raya di mana setiap kod akan mengenalpasti barang yang berbeza.
“Profil DNA yang terhasil adalah dalam bentuk nombor dan setiap individu akan mempunyai kombinasi nombor yang berbeza. Nombor-nombor ini mewakili alel (gen) tertentu bagi setiap individu,” kata Dr Zafarina.

1 ulasan:
jika contoh DNA dari air mani itu dah kering di atas "face towel" adakah ia masih boleh di gunakan sebagai contoh DNA?
Catat Ulasan