Kementerian tak boleh halang pelajar nak nikah

KUALA LUMPUR: “Tiada dasar yang boleh melarang mereka berkahwin, tapi jika dia didapati mengandung, maka dinasihatkan supaya berhenti sekolah,” ulas Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi mengenai pelajar bawah umur 17 tahun yang bertunang dan berkahwin pada usia muda.
Menurutnya, jika keluarga pelajar terbabit sama ada lelaki mahupun perempuan memberi persetujuan dan restu mereka untuk berkahwin, malah turut disokong kebenaran mahkamah, tiada sebab kementerian perlu melarang apatah lagi tiada perundangan membolehkan berbuat demikian.
Katanya, beliau juga turut yakin isu berkahwin pada usia masih mentah dan berada di alam persekolahan tidak akan memberi kesan buruk kepada pelajar di seluruh negara ataupun mempengaruhi mereka, memandangkan jumlahnya tidak begitu ketara.
“Perkara ini (berkahwin muda) terpulang kepada kebenaran keluarga mahkamah dan persetujuan ibu bapa. Jika peroleh kedua-duanya kementerian tidak boleh berbuat apa-apa termasuk menghalang perkahwinan daripada berlaku.


“Cuma, kalau mengandung kita akan menasihatkan supaya berhenti daripada meneruskan pengajian di sekolah kerana bukan hanya boleh menjejaskan dia sendiri, bahkan turut memberi kesan kepada pelajar lain dan kementerian tak mahu ini terjadi.

“Mengenai sama ada kahwin pada usia mentah ini boleh mendatangkan isu lebih besar, saya tidak fikir begitu kerana sebelum ini ada kes pelajar yang berkahwin, dia bukanlah menuntut di sekolah kementerian tetapi tahfiz. Jadi tak mungkin mendatangkan isu serius,” katanya.[ harianmetro]

10 ulasan:

S..U..D..@..I..S berkata...

ntah xtau nk cakap apa
kalau setuju, mmg x setuju sbb budak lg time belajar tuh...
kalau x setuju nnt jadi benda x baik..fenin2

Iena farina berkata...

sama lah nak halang2 buat bnda tak elok dosa lak nti...byk skrg kes buang bayi...nak sokong pun tak blh nk senang terjadi penceraian sbb muda blm matang sepenuhnyer..

.::: Princess MOMOY :::. berkata...

memang ler...tapi kena fikir masak-masak

mat dan mina berkata...

mina setuju....dari tak kasik kawin,takut mengandung....buang bayi merata rata...cedihnye la...

.::: Princess MOMOY :::. berkata...

boleh kawin awal tapi jangan bercerai awal sudah sebab tanggungjawab tu besar... dah la masih study
then duit kena la jimat sebab ptptn dah kena survive bini dan anak lagi if ada kelak...
nama pun student mana keje lagi

MY RECENT POST : Comic-Fiesta 2010 Hangat!!

Adylia Qarissa berkata...

salam.

Izinkan mereka berkahwin supaya dpt elakkan berlakunyan zina dan lahir anak luar nikah. Ibu bapa pula boleh memberi nasihat pada anak2 dlm mslh rumah tangga. Doakan perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

pssstt : bila lak turn aku nak kawin nie..hihiiiiii... ^_*

zerul zenal berkata...

hmm awal sangat lah, tapi kalau itu keputusan yg diambil nak buat cmne

Sharifah nor berkata...

kalau dah nak kawen..tok sah sekolah laaa...asal jgn menyesal dikemudian hari sudah ler..kawan2 mengendung ijazah...mereka mengendung anak...

cik kedondong berkata...

kawin awal ni bagus..tapi kalau mengandung dinasihatkan berenti tu memang kesian.
kalau spm ada tak pe..
kalau jadi pape nanti cmne?
kene cerai ke laki mati ke, kne sambung blaja balik ke?
nak cari kerja pun dah susah paling kurang spm..

Hamba Allah berkata...

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, sebenarnya Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat..."Al-Israa' Ayat 31 hingga 32.

Justeru,janganlah risau tentang rezeki, tiada ijazah atau lulus itu dan ini bukan bermakna hidup akan jatuh susah. Rezeki Allah ada dimana-mana yang penting ikhtiar dengan jalan yg diredhai dan bertawakal lah kepadaNya. Sekurang2nya mereka ini telah mengelakkan diri daripada melakukan zina. Wassalam.