Deria penglihatan yang terdapat pada organ mata sebenarnya terbentuk daripada fungsi pengesanan cahaya sekeliling sama ada terang atau gelap.
Semasa dilahirkan, lensa mata manusia
berbentuk sfera berisi bahan seperti gel optik jernih dikenali
gelemaca, kanta fokus dan otot yang dikenali iris mata bagi pengawalan
kadar cahaya yang masuk.
Iris mata akan mengawal bukaan anak mata atau pupil, iaitu bulatan hitam di tengah-tengah bahagian di dalam mata.
Sebenarnya, saiz bebola mata akan
berubah-ubah sehingga mencecah tahap maksimum apabila manusia berusia
tujuh hingga lapan tahun.
Diameter bebola mata manusia semasa
dilahirkan adalah kira-kira 16.5 milimeter (mm) dengan ukuran dari
bahagian depan sehingga ke belakang mata.
Sementara diameter mata manusia
dewasa boleh mencecah sehingga 24.2 mm. Kornea pula akan mencapai saiz
maksimum apabila seseorang itu berusia dua tahun.estidotmy
