Bila Cakera Keras Dicipta?

Cakera keras atau hard disk merupakan antara komponen komputer yang paling penting dalam operasi pengkomputeran bagi membantu pengguna melaksanakan fungsi simpanan data peribadi.

Dicipta pada tahun 1952 oleh Reynold Johnson, pengenalan cakera keras pada peringkat awal mengandungi sebanyak 50 piring berukuran 0.6 meter dengan kelajuan putaran 1,200 rpm.

Dengan kapasiti simpanan data maksimum kima megabit (MB), oenyambungan cakera keras dibuat secara terus kepada papan induk di dalam unit pemprosesan pusat (CPU).


Ketika itu, hanya peranti tersebut yang dapat menyimpan data lebih banyak berbanding storan mudah alih lain seperti cakera liut, cakera mini, cakera padat (CD) atau pita. Berbeza dengan cakera keras sekarang, ia mempunyai piring berukuran 0.6 sentimeter (cm) dengan kapasiti simpanan data sehingga mencecah tahap terabit (TB).

Data pada cakera keras disimpan menerusi permukaan piring magnetik yang berputar bagi membolehkan penghantaran isyarat elektromagnet melalui antena. Ketika maklumat ingin dibaca pula, medan magnetik piring tersebut akan menghasilkan cas elektrik pada peranti bacaan yang menghampirinya.

Secara asasnya, pembinaan cakera keras mempunyai satu paksi di bahagian tengah dengan piring magnet akan berputar pada satu kelajuan tetap. [sumber :cyberita.asia1.com.sg]

1 ulasan:

MiZi berkata...

hahah cakera keras dicipta sejak ada orang keja kat kilang hard disk.. haha

http://contengcorner.blogspot.com/2010/12/miss-hurix-jangan-la-deactivate.html