Peranan Lautan dan Rumpai Laut Dalam Kestabilan iklim





JIKA dahulu, kita boleh 'membaca' cuaca dan boleh meramalkan apa yang berlaku dalam setahun seperti monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat. Misalnya, dalam buku geografi sekolah, Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat biasanya berlaku pada bulan November hingga Mac. Tetapi kini cuaca tidak lagi dapat diramal malahan hujan lebat, kemarau dan ribut taufan dilaporkan tidak menentu. Keadaan cuaca tidak menentu seringkali dikaitkan dengan pemanasan global yang disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida (CO2) dan gas rumah hijau lain yang semakin bertambah saban hari. Dianggarkan enam bilion tonne gas karbon dibebaskan ke atmosfera setahun hasil daripada pembakaran bahan api fosil.
Kajian menunjukkan gas C02, CH, (hidro karbon) dan N20 (nitrus oksida) telah meningkat 31,151 dan 17 peratus da­lam masa 1,000 tahun. Suhu permukaan Bumi pula dijangka meningkat 1.4 hingga 5.8 darjah Celcius (C) dan bakal meningkatkan aras laut an­tara sembilan hingga 88cm menjelang 2100. Kajian yang dijalankan oleh saintis menunjukkan suhu meningkat secara drastik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Justeru terdapat dua kumpulan saintis yang bertentangan. Satu pihak mengatakan perubahan iklim adalah perkara biasa dan semula jadi sementara satu lagi mendakwa pe­rubahan suhu yang meningkat dengan cepat akibat daripada pembebasan gas rumah hijau yang tidak terkawal. Perubahan cuaca yang mendadak dikakan dengan beberapa kejadian seperti kenaikan paras laut, kemarau, hujan lebat, hujan, ribut dan taufan. Kajian menunjukkan peningkatan suhu yang terlalu cepat berpunca daripada penggunaan tenaga fosil yang semakin bertambah. Apabila pemanasan global terjadi, banyak perubahan dalam ekologi berlaku melibatkan kesan kepada fisiologi haiwan dan tumbuhan. Suhu persekitaran yang semakin mening­kat menyebabkan organisma hidup perlu mengadaptasi terutama dari segi tumbesa­ran clan pembiakan. Selama ini amat banyak kajian pemanasan global melibatkan hutan hujan tropika tetapi tidak ramai yang mengendahkan ekologi lautan yang meliputi hampir 70 peratus permukaan Bumi. Lautan dan persekitaran marin terutama tumbuhan laut seperti alga dan rumpai laut menjalankan proses fotosintesis dan menggunakan gas C02 dan membebaskan oksigen. Malah sebagai tindak balas kepada komitmen dalam Protokol Kyoto mengenai perubahan iklim, The Asian Networkfor Using Alga as a C02 Sink satu kumpulan kerja Asian Pacific Phycological Association (APPA) dibangunkan bagi menggalakkan kerjasama antara negara dalam menjalankan penyelidikan bagi mengurangkan CO2, menerusi mekanisme hidupan marin. Rangkaian berkenaan dilancarkan secara rasmi semasa 4th Asian Pacific Phycological Forum (APPF) yang ke-4 di Bangkok, Thailand pada tahun 2005 yang diketuai oleh Korea ser-ta terdiri daripada 16 anggota daripada 12 negara di rantau Asia Pasifik. Objektif utama rangkaian berkenaan adalah bekerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan bagi penggunaan alga untuk menyingkirkan C02 bagi mengurangkan masalah pe­manasan global. Dalam industri tanaman rumpai laut, penggunaan rumpai laut sebagai sumber tenaga memainkan peranan dalam mengu­rangkan pembebasan gas karbon. Di Sabah, ladang Eucheuma dan Kappa­phvcus dapat menghasilkan biomas bagi ekstrak carrageenan bagi pembuatan agar-agar. Kini hanya 800 hektar kawasan di negara ini ditanam dengan rumpai laut dan ham­pir keseluruhannya di Semporna, Sabah. Kajian yang dijalankan dengan Kementerian Hal Ehwal Maritim dan Perikanan, Institut Sains dan Teknologi Marin, Universiti Nasional Pusan, Korea mendapati rumpai laut berupaya menggunakan lima tan CO2, sehektar setahun. Malah rumpai laut yang mempunyai fiber yang panjang amat sesuai dijadikan kertas yang bermutu tinggi.

5 ulasan:

Fantastic Ajane berkata...

singgah baca entri jugak..:)

Puan Kutu berkata...

wah..sy sgt jahil tentang ini.dulu kt skolah tak suka subjek geografi..:)

+akufobia+ berkata...

ishhishhishh.

intan.maisarah berkata...

ada rumpai lauk yang leh makan kan?

apisv2 berkata...

salam,
mengunjungi rakan2 blog;)
slmt berkenalan,
blog apisv2