IMPLEMENTASI teknologi skrin LCD hari
ini telah dilaksanakan secara meluas dalam banyak produk elektronik
seperti televisyen dan juga monitor komputer.
Apabila ia diletakkan di atas sumber
cahaya, voltan atau tenaga elektrik yang dibekalkan pada molekul-molekul
tersebut akan membenarkan cahaya mengalir bagi membentuk kecerahan imej
berbeza.
Namun, tahukah anda apakah mekanisme
yang berlaku di sebalik teknologi tersebut sehingga mampu menghasilkan
imej yang berkualiti dan menarik.
Sebenarnya, teknologi LCD ini dihasilkan daripada peranti panel nipis yang mengandungi hablur kristal cecair.
Resolusi atau piksel sesebuah skrin
LCD pula ditentukan oleh jarak bintik pada paparan di mana semakin kecil
jaraknya, semakin jelas imejnya.
Daripada segi kecerahan, ia bergantung kepada teknologi sokongan warna dan amaun cahaya yang dipancarkan.
Nisbah kecerahan itu biasanya di
hasilkan dalam beberapa format seperti 4:3, 16:9 dan 16:10 sementara
saiznya diukur menerusi pepenjuru kawasan paparan yang aktif.

4 ulasan:
Info yang sangat menarik..Thanks...
Payung LED
kalau Full Hd lg best. lg power
kalau dpt la mgg puas..
haha..
ada cecair? macam mana
Catat Ulasan