Badan lintah ada 34 segmen

[lintah google]
Tergolong sebagai haiwan anelid, lintah berada dalam sub kelas Hirudinea iaitu organisme kecil yang menunjukkan kelenjar pada bahagian luar kulitnya.

Lintah merupakan haiwan bermafrodit yang mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina.

Haiwan ini sering kali dijumpai di dalam hutan dan juga sekitar kawasan penanaman sawah padi.

Lintah menjalankan aktiviti menghisap darah daripada organisma lain atau dikenali sebagai perumah sehingga kenyang untuk menghadam makanan.


Bagi tujuan itu, keseluruhan bahagian badan lintah dilengkapi sebanyak 34 segmen.

Enema segmen di bahagian hadapan bandannya mempunyai penghisap anterior atau dipanggil mulut.

Ia berfungsi untuk berpaut pada perumah sambil mengeluarkan bendalir bius agar perumah tidak merasa hinggapan lintah.

Bendalir berkenaan merupakan campuran mukus daripada otot di keenam-enam segmen bagi penghasilan enzim pencegah pembekuan darah dalam sistem darah perumah.

1 ulasan:

akubiomed berkata...

Ada plan nak menjadi usahawan lintah. Pertanian adalah perniagaan