Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dikekalkan
tetapi dengan sukatan pelajaran baru, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin, hari ini."Antara perubahan yang dicadang
dalam proses penambahbaikan UPSR, termasuk mengambil kira bidang utama
saja dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan baki
40 peratus berteraskan kokurikulum atau sivik.
"Bagi UPSR, walaupun kemungkinan besar UPSR dikekalkan, bentuk dan formatnya agak berbeza dengan penambahbaikan yang kita akan lakukan."
Sementara
itu, ketika mengumumkan keputusan kerajaan berkenaan, beliau yang juga
adalah menteri pelajaran berkata peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) akan dimansuhkan dan diganti dengan penilaian peringkat sekolah
bermula 2016.
Muhyiddin berkata ia hasil persetujuan rundingan meja bulat terakhir mengenai cadangan pemansuhan UPSR dan PMR.
Katanya,
satu jawatankuasa penilaian telah dibentuk bagi mengkaji persekitaran
semasa PMR dan mendapati penilaian peringkat sekolah lebih sesuai dan
menjadi pilihan ramai.
"Mengenai PMR, meja bulat bersetuju dengan cadangan mengubah bentuk
(pelaksanaannya) kepada penilaian berasaskan sekolah. Tapi, Lembaga
Peperiksaan perlu menyelaras ujian itu supaya tidak dilihat berat
sebelah," kata Muhyiddin.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada hari terakhir lawatannya di Sydney.
Muhyiddin berkata, beliau akan membentangkan kepada Kabinet mengenai hasil rundingan meja bulat ketiga itu yang menerima cadangan penambahbaikan dan perubahan dalam UPSR dan PMR yang disyorkan kementeriannya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada hari terakhir lawatannya di Sydney.
Muhyiddin berkata, beliau akan membentangkan kepada Kabinet mengenai hasil rundingan meja bulat ketiga itu yang menerima cadangan penambahbaikan dan perubahan dalam UPSR dan PMR yang disyorkan kementeriannya.


1 ulasan:
Budak2 kalau takde ujian2 penting ni mmg tak belajar.. memain jek. habisla kalau dimansuhkan... huhuh
Catat Ulasan