KOTA BAHRU, 11 Mac: Pelajar-pelajar sekolah agama di
Kelantan terus mengungguli pencapaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) 2009 apabila seorang pelajar mendapat 12A+.
Pelajar terbabit, Ahmad Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhammadi
Lelaki itu juga mendapat 2A dan 1A menjadikan pencapaian keseluruhan
15A.
Manakala Habibah Hanan Mat Yusof dari Maahad Muhammad Perempuan pula
mendapat 10A+ di mana jumlah keseluruhan subjek (15A).
Pencapaian bagi kedua-dua sekolah tersebut ialah 100 peratus.
Keputusan SPM bagi sekolah bagi Maahad Muhammadi Perempuan diumumkan
Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ahmad Robert Abdul Rahim pagi
tadi.
Pengumuman di Maahad Muhammadi Lelaki dilakukan pengetuanya, Azhar
Salleh petang ini.
Seramai 385 calon menduduki peperiksan SPM di Maahad Muhammadi
Perempuan.
Daripada jumlah tersebut seorang mendapat 15A, 14A (1), 13A (1), 12A
(9), 11A (9), 10A (13) dan 9A (22).
Di Maahad Muhammadi Lelaki, seramai 359 pelajar menduduki SPM tahun
lepas, di mana keputusan keseluruhan tahun ini meningkat.
Keputusan tersebut iaitu seorang pelajar mendapat 15A, masing-masing
seorang mendapat 14A dan 13A, 12A (5), 11A (10), 10A (14) dan 9A (20).
Sementara itu, Habibah Hanan (gambar) yang juga
pelajar terbaik Maahad Muhammadi Perempuan mendedahkan rahsia
kejayaannya dengan mengikuti kaedah yang digunakan pelajar yang telah
berjaya sebelum ini.
“Biasalah kalau ingin berjaya, kita kena ikutilah jejak langkah
mereka yang telah berjaya. Saya mengetahui cara belajar Kak Fatimah, Kak
Madihah dan Kak Amalina belajar.
“Saya cuba mengikuti cara mereka dan kalau tidak sesuai saya akan
membuat kaedah sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita.
Beliau mengakui, pelajar cemerlang SPM 2008 peringkat negara, Nik Nur
Madihah Nik Mohd Kamal sebagai idolanya untuk mencapai kecemerlangan.
Pelajar berasal dari Jalan Bayam, Kota Bharu merupakan anak bongsu
daripada 10 beradik. Ayah dan ibunya merupakan pesara guru.
Ditanya ke mana akan melanjutkan pengajian selepas ini, beliau
memberitahu akan berbincang keluarga dan guru terlebih dahulu.
“Namun saya minati Fizik, tetapi saya tidak mendapat A+. Selain itu
saya juga meminati bidang kehakiman. Bagaimanapun keluarga meminta saya
menyambung pengajian dalam bidang perubatan,” katanya.
Tahun lepas Nik Nur Madihah juga dari Maahad Muhammadi Perempuan
muncul pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan apabila mendapat 20A.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan