Salam Maulidur Rasul : Belajar Membaca Al-Quran Melalui Skype

MENGAJI CARA MODEN: Encik Hamzah menggunakan mikrofon dan menayangkan surah-surah yang mahu dibaca menerusi perisian Skype kepada pelajar di komputer rumahnya. -- Foto NURUL รข€˜AIN RAZALI 

SINGAPURA
JIKA anda tidak mempunyai masa lapang untuk belajar mengaji atau membaca Al-Quran dalam sebuah kelas, usah bimbang. Ini kerana anda boleh mengikuti kelas tersebut melalui Skype - saluran perhubungan Internet yang merangkumi telefon, perhubungan video dan pesanan ringkas....

Belajar membaca Al-Quran menerusi Skype itu dikendalikan oleh Encik Hamzah Halil, 46 tahun. Menurut Encik Hamzah, beliau pernah mengiklankan kelas membaca Al-Quran di ruangan klasified Berita Harian, tetapi kebanyakan peserta yang berminat terdiri daripada wanita. 'Saya tidak boleh mengadakan kelas secara sendirian dengan pelajar wanita di rumah. Oleh itu tercetus idea untuk memulakan kelas mengaji melalui Skype.

'Menerusi Skype, pelajar tidak perlu berjalan jauh. Ia mudah, berkesan dan dijalankan secara langsung,' kata beliau, yang berpengalaman membimbing kelas mengaji sekitar 10 tahun. Encik Hamzah, yang pernah mengikuti kursus imam dan khatib anjuran Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Masjid Hasanah, memulakan kelas mengaji melalui Skype pada 2008.

Kini beliau membimbing 12 pelajar berusia antara tujuh dengan 50 tahun, katanya.
Beliau antara lain mengajar pelajarnya membaca Al-Quran melalui cara Iqra atau teknik asas membaca Al-Quran, membaca Al-Quran dengan tertib, berzanji, bacaan-bacaan solat dan doa harian. 'Saya juga ada pelajar dari Sydney dan Kuala Lumpur. Belajar secara begini tiada batas masa dan tempat,' kata beliau. Untuk mengikuti kelasnya, pelajar perlu menghubungi Encik Hamzah bagi menetapkan waktu mengaji di Skype.

Semasa kelas diadakan, beliau akan menayangkan surahsurah secara dalam talian di skrin komputer dengan pelajar membacanya menggunakan mikrofon.
Seorang pelajar yang merupakan pegawai perkhidmatan awam, Cik Norhaiyati Yusop, 46 tahun, berkata kelas mengaji melalui Skype yang diikutinya sejak November lalu itu canggih dan menjimatkan masa serta tenaga kerana tidak perlu keluar rumah.

'Kelas itu ibarat kelas tuisyen di rumah. Anak saya yang kecil mula nak tahu dan minat mengaji melalui Skype. Paparan surah di skrin menarik perhatiannya untuk mengikuti dan membaca bersama,' kata ibu empat anak yang kini mengikuti kelas bacaan surah Yasin.
Menerusi kaedah Skype, seseorang boleh berbual dan mendengar suara orang lain yang dihubunginya tetapi sebelum itu pengguna perlu memuat turun perisian Skype.

Tinjauan wartawan dalam satu sesi mengaji baru-baru ini mendapati bahawa ia sesuai untuk memperhalusi bacaan kerana kesilapan pelajar ditegur secara spontan, sama seperti kelas membaca Al-Quran biasa.
Namun, sebaiknya pelajar harus mempunyai kemahiran komputer asas dan bersedia mengalami kegenjotan teknikal, seperti mutu suara yang kurang memuaskan dan kelembapan sistem Skype akibat kesesakan 'trafik' Internet pada waktu-waktu sibuk.

Sesiapa yang ingin mencuba kelas mengaji menerusi Skype, boleh menghubungi Encik Hamzah menerusi nama Hamzah.Halil dalam Skype atau e-mel kepadanya di laman web hamzahalil@gmail.com.
Perisian Skype boleh dimuat turun secara percuma.

4 ulasan:

BeaN MorENo berkata...

wah...ade eyh...boleh try...

q-nizam berkata...

info yang menarik..rasa mcm nak cuba

azam berkata...

salam tuan.semoga segala KEBAIKAN yg dilakukan mendapat ganjaran dcc allah.http://www.el-moslem.com/Flash_player/Ahmed_al-Ajmy/Ahmed_al-Ajmy.swf

Hasanah berkata...

Salam,
Terima kasih atas perkongsian. Teknologi dunia internet terlalu cepat :)