ALAM persekolahan sudah lebih sebulan bermula.
Ibu bapa berasa ghairah melihat anak-anak memulakan pelajaran mereka
terutama mereka yang baru menghantar anak ke darjah satu.
Cara pentadbiran dan pelaksanaan pelajaran di sekolah hari ini jauh berbeza daripada cara sekolah pada masa lalu.
Sekolah
hari ini sentiasa melaksanakan tanggungjawab dan kewajibannya sebagai
sebuah institusi pendidikan untuk menghasilkan manusia yang berguna
kepada negara dan masyarakat.
Justeru,
ibu bapa dan waris sepatutnya mempunyai kepercayaan penuh terhadap
kemampuan dan keputusan sekolah berkaitan anak mereka.
Perkara
ini tidak patut disangkal atau diperlekehkan oleh ibu bapa. Memang
tidak dinafikan bahawa semua ibu bapa mahukan anak mereka cemerlang
dalam pelajaran.
Tetapi
tindakan ibu bapa yang tidak munasabah sering menimbulkan masalah
kepada sekolah terutama guru yang mengajar anak mereka. Ini suatu
perkara yang tidak sepatutnya berlaku.
Ada
ibu bapa yang membela anak mereka tanpa usul periksa dahulu. Mereka
terlalu menitikberatkan kepentingan anak mereka walhal kadangkala cara
ini merugikan anak mereka.
Kemanjaan
yang 'salah' ini berpotensi menimbulkan masalah disiplin pada anak itu
di sekolah.
Keadaan akan bertambah buruk jika ibu bapa sentiasa mencari
kesilapan guru dan melepaskan kemarahan terhadap pihak sekolah.
Seharusnya,
ibu bapa mesti memberi kerjasama sepenuhnya kepada sekolah. Jika timbul
masalah, ibu bapa sepatutnya datang berunding dalam keadaan waras dan
tenang.
Bertanyalah
dan fahamkan keadaan sebenar. Terima keputusan yang memberi faedah
kepada anak. Bukankah ini lebih menguntungkan semua pihak?
oleh :Aman Samat. cyberitaonline

Tiada ulasan:
Catat Ulasan