BALIK PULAU: Kementerian Pelajaran bercadang mewajibkan guru baru
untuk bertugas di pedalaman selama tiga tahun bagi memberi pengalaman
serta pendedahan kepada mereka mengenai keperitan bertugas sebagai
pendidik.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi, berkata
pihaknya tidak lagi akan menempatkan guru baru di kawasan bandar atau berhampiran tempat tinggal seperti kini.
"Biar mereka tahu bagaimana pengalaman bekerja sebagai pendidik terutama di kawasan pedalaman yang kadang-kala memerlukan kesabaran berikutan kesukaran hidup di kawasan berkenaan.

3 ulasan:
salam,
saya setuju dgn cadangan utk guru baru di posting ke pedalaman.(sy sendiri 5 tahun dipedalaman). Sy rasakan pilihan ini adalah lebih tepat dari hantar guru2 lama yg sudah 'settle down', dah ada rumah anak2 sekolah dan pelbagai komitmen lain. Seorang rakan sy yg baru je siap rumah diarahkan tukar kepedalaman meninggalkan anak isteri dikampung.
dasyat tggl di pedalaman...satu pngalaman yang dasyat...satu pengorbanan yang sgt besar...
Agak bagus idea ni...
Dah lama wujud idea ni..malah dah lama dipraktikkan.
Tetapi, kan lebih baik difikirkan idea bagaimana untuk mengurangkn keperitan orang-orang yang duduk di pedalaman daripada memberikan pengalaman keperitan orang-orang pedalaman kepada orang lain?
Catat Ulasan