NAZRI dan pelajarnya sedang melukis menggunakan jengkaut yang mengambil masa 80 jam untuk disiapkan.
BERMACAM cara digunakan oleh pelukis untuk menghasilkan karya
mereka. Bagi pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah di
Merbok, Sungai Petani, beliau menggunakan kaedah yang agak pelik ketika
berkarya iaitu menggunakan jengkaut untuk melukis.
Pensyarah Jabatan Seni Lukis dan Reka Bentuk itu, Nazri Abu Bakar, 32, berkata beliau mendapat idea menggunakan jengkaut untuk berkarya apabila sering melihat jentera itu digunakan untuk melakukan kerja pembinaan.
Baru-baru ini, beliau dengan dibantu enam pelajar kursus berkenaan
berjaya menyiapkan lukisan gambar sebiji epal yang dihasilkan di atas
kanvas bersaiz 9 x 8 meter menggunakan jengkaut dan ia mengambil masa
80 jam untuk disiapkan.
"Apabila kerap melihat jengkaut melakukan tugas merata atau
mengorek tanah, timbul ilham untuk menggunakan jentera itu bagi
menghasilkan lukisan dan idea itu mendapat sokongan pelajar saya yang
turut membantu. "Bermula dari situ saya mula mempelajari cara memandu dan mengendalikan jengkaut selama beberapa bulan sebelum memulakan projek itu pada penghujung tahun lalu dengan menjadikan sebuah bukit kecil berhampiran rumah sebagai lokasinya.
INILAH hasil karya Nazri dan pelajarnya yang mendapat pingat emas.
"Kami menggunakan sekeping kanvas bersaiz 9x8 meter, 15 tin cat
pelbagai warna yang setiap satu sebanyak satu liter, tiga berus yang
dibuat daripada penyapu serta jengkaut," katanya ketika ditemui di UiTM
Kedah, baru-baru ini.
Nazri berkata, pada permulaan beliau menghadapi beberapa masalah apabila pelepah kelapa sawit yang digunakan untuk menyambungkan pemegang pengaut jentera berat itu dengan penyapu yang berfungsi sebagai berus tidak anjal menyebabkan kanvas koyak.
"Selepas itu saya mengubahsuainya dengan mengikat penyapu pada spring sistem gantungan motosikal sebelum menyambungnya pada pemegang pengaut jentera berkenaan.
"Kaedah itu lebih bersesuaian dan kami berjaya mendapat hasil yang baik. Pada hari bekerja kami memperuntukkan masa dua jam untuk menyiapkan lukisan berkenaan, manakala pada hari cuti kamu menghabiskan sehari suntuk untuk menyiapkannya," katanya.
Nazri berkata, beliau dan kumpulannya amat berpuas hati kerana cara itu
belum pernah digunakan oleh pengkarya lain untuk menghasilkan lukisan. Nazri berkata, pada permulaan beliau menghadapi beberapa masalah apabila pelepah kelapa sawit yang digunakan untuk menyambungkan pemegang pengaut jentera berat itu dengan penyapu yang berfungsi sebagai berus tidak anjal menyebabkan kanvas koyak.
"Selepas itu saya mengubahsuainya dengan mengikat penyapu pada spring sistem gantungan motosikal sebelum menyambungnya pada pemegang pengaut jentera berkenaan.
"Kaedah itu lebih bersesuaian dan kami berjaya mendapat hasil yang baik. Pada hari bekerja kami memperuntukkan masa dua jam untuk menyiapkan lukisan berkenaan, manakala pada hari cuti kamu menghabiskan sehari suntuk untuk menyiapkannya," katanya.
Katanya, sebagai pelukis beliau sentiasa berusaha mencari idea bagi menciptakan kelainan supaya dapat menghasilkan karya yang unik dan mampu menarik perhatian peminat seni tampak.
Beliau berkata, di peringkat awal usahanya itu ada pihak yang memandang serong dan menyifatkan ideanya itu sebagai `kerja gila', tetapi berbaloi apabila dipilih memenangi pingat emas dalam satu pertandingan inovasi oleh UiTM, baru-baru ini.


5 ulasan:
pergh..dasat la..
salam...
memang kreatif la...nanti nak nengok lukis pakai mesin padi lak....
salam.. mmg sempoi lorh!!
:)
haa,,, hebat kan..??
nie campus aku... uitm kedah...
he is my lecturer when i was studied at there...he's very creative..and im as his student,is very proud with him n all my lecturers..thnx for them..:)
Catat Ulasan