Jawatankuasa khas diberi dua bulan selesai tekanan hidup guru: Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan
bagi mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja
berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu
tanggungjawab mendidik pelajar.
Jawatankuasa itu yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri
Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan mengenal pasti
tahap keseriusan isu berkenaan serta diberi tempoh dua bulan untuk
menyelesaikannya.
Jawatankuasa itu yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri
Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan mengenal pasti
tahap keseriusan isu berkenaan serta diberi tempoh dua bulan untuk
menyelesaikannya.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata berdasarkan
aduan NUTP, selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan
aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan
perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.
“NUTP turut
membuat aduan yang guru terpaksa bekerja setiap Sabtu disebabkan
terbabit dengan banyak aktiviti, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan
membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan.
“Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana tidak mahu tugas hakiki
guru, iaitu mendidik pelajar tidak terganggu disebabkan bebanan
macam-macam tugas yang terpaksa dibuat,” katanya pada sidang media
selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan
NUTP di bangunan Parlimen, semalam.
Muhyiddin yang juga Menteri
Pelajaran berkata, jawatankuasa itu akan mengenal pasti punca masalah
berkenaan dan mencari penanda aras yang boleh diguna pakai bagi
menyelesaikannya.
“Piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap
pendidikannya lebih tinggi boleh kita contohi,” katanya.
Muhyiddin berkata, kementerian menyedari tugas sebenar guru ialah
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bukannya melakukan tugas
tertentu yang sepatutnya dilakukan kerani.
Dalam perkembangan
lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan aspek
kokurikulum di sekolah mendapat maklum balas positif daripada NUTP yang
menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.
“NUTP turut
menyokong Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan
jaringan pendidikan kepada rakyat. Kementerian akan cuba sedaya upaya
untuk memberikan yang terbaik kepada guru dan rakyat,” katanya.
2 ulasan:
salam...
cikgu kerja mulia.tapi ye lah sekarang macam2 kekangan, macam2 bebanan
ku guru prakttikum.tapi sudah terasa kehangatannya.mahu sekali mendidik, tapi kuasa guru sangat berkurangan...apa lagi boleh buat?
nak jadi guru kena ikhlas.. tu yg paling penting... dan kembalikan kuasa guru
Catat Ulasan