Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru
suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam
senario politik negara.
"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu kenyataan, Selasa.
Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Tindakan sedang diambil untuk mewartakawan pindaan peraturan tersebut, tambahnya.
Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.
Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.
"Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad," kata Mohd Sidek.
Beliau berkata syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik.
Katanya mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik. - BERNAMA

7 ulasan:
lepas ni ramai lah cikgu2 aktif berpolitik.
Semuga tidak ada pula halangan halangan teknikal / strategi dalam cawangan cawangan sendiri. Berilah ruang kepada mereka yang berkebolehan serta berkelulusan untuk ikut terlibat secara aktif untuk kebaikan. Inshaallah.
pasni budak2 kne blaja ucap 'selamat pagi YB' dlm kelas
Bila perhimpunan agung xxxx kat pwtc sekolah terpaksa ditutup sebab 4/5 dari guru hadir kesana..hihihi..(lawak panas telinga) jemput ke laman blog dvdrip saya kat www.movietree.net
jalan2 dipagi hari
tugas para cikgu sekarang makin menimbun...masalah sosial dikalangan pelajar tak terbela...nak libatkan cikgu dalam kancah politik...apa dah jadi dengan kerajaan sekarang. kalau pemimpin sekarang tak berkebolahan lebih baik ganti yang baru.
ada pro n kontra.. gunakanlah kebaikkannya dengan sepenuhnya, hindarilah keburukan yang kita sedia tahu bakal terjadi!
Catat Ulasan