Pelan Strategik Politik Pakatan Rakyat Semakin Tergelincir Daripada Landasan

" Pelan Strategik Politik Pakatan Rakyat Semakin Tergelincir Daripada Landasan" begitulah ungkapan yang boleh kita katakan berhubung dengan suasana politik gabungan pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini.


Masakan tidak jika selepas PRU12 sehinggalah Pilihanraya kecil di Bagan Pinang, iklim politik PR berada dalam posisi menyerang yang berterusan hingga memaksa pihak BN terpaksa berada di dalam kubu pertahanan, menahan asakan bertubi-tubi pihak PR. Kini, sedikit demi sedikit BN dapat menyerap serangan pihak lawan akibat kesilapan dan kecelaruan kerana tidak ada persefahaman lagi antara ahli pakatan.
Strategi politik PR semakin menurun kerana isu-isu & masalah dalaman yang sering ditimbulkan oleh pemimpin dalam PR  amat memualkan dan amat meyakitkan hati penyokong-penyokong PR. Banyak isu negatif memburukkan imej PR yang berlaku sekarang ini disebabkan oleh kesilapan sendiri.


Antaranya bermula dengan kerajaan perpaduan, isu Kuil di Shah Alam, masalah penjualan arak dan tikam dari belakang oleh Dr Hassan Ali,  kes keluar parti ahli PKR,  kes rasuah, masalah kepimpinan teringgi dalam PAS, terbaru isu Bai'ah dalam kalangan ahli PAS, dan isu cabar-mencabar antara Zulkifli Nordin dengan Sivarasa, ini semuanya mengakibatkan imej PR semakin kabur, kelihatan goyah, dan seolah-olah PR memang gabungan parti bermasalah bercakaran sesama sendiri. Apa semua ni? Adakah semua ini benar-benar berlaku atau hanya sekadar lakonan semata untuk mengaburi pihak lawan?


Bagaimana pandangan umum terhadap PR sekarang? Benar sekali kenyataan sebagaimana pandangan Dr Abd Aziz Bari, PR sudah kehilangan penyokongnya hampir 40%, tidak ada harapan untuk menguasai kerajaan.


Sebaliknya pula dengan BN, pelan strategik politik BN kini semakin berjaya menguasai suasana. Mereka menggunakan peluang sepenuhnya untuk menyerang dan menguasai padang untuk memuntahkan peluru ke arah musuh. Tugas media BN nampaknya berjaya mengucar-kacirkan kubu pertahanan PR sehingga menyebabkan sesetengah pemimpin PR melatah dan tergeliat semasa memberi ulasan atau jawapan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'


BN semakin mendapat tempat dihati rakyat terutamanya yang duduk atas pagar. Berapa banyak undi ahli PR?, Berapa banyak Undi ahli BN? Berapa jumlah undi ahli 'Duduk atas Pagar'? Harus diingat pemerhati politik yang 'duduk atas pagar' merupakan pengundi-pengundi majoriti yang menentukan kuasa politik negara. Pada bila-bila masa saja  mereka boleh beralih arah bergantung kepada keadaan, masa dan iklim politik tanah air.


Tokoh-tokoh PR yang pada pandangan majoriti umum  yang sentiasa konsisten, bijak, berkarisma ada aura hasil kajian penulis;
i. YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat
ii. YB Datuk Seri Anwar Ibrahim
iii. Datuk Salahudin Ayob
iv. Datuk Seri Nizar Jamaluddin
v. Lim Guan Eng
[Lim Kit Siang  & Karpal Sing sudah pandai tutup mulut ]

3 ulasan:

norhalim mh berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
norhalim mh berkata...

Salam ziarah,

Saya bersetuju dengan artikel tuan

Abuarif berkata...

Salam ziarah.Politik kepartian di Malaysia masih saya anggap belum cukup matang untuk mendukung demokrasi.Ia dipenuhi dengan " Pemerintah tak betul 100% pada pandangan pembangkang" dan "pembangkang tak pandai mentadbir negara jika diberi peluang".

Perselisihan peribadi dibawa ke dalam percaturan politik secara keterlaluan.Walaupun sesama Islam politik kepartian yang keterlaluan akan memecahkan kesatuan Islam.Jika rebt kerusi orang tentu orang marah dan akan rebut balik.