Pekerja Singapura Jangkakan Kenaikan Gaji 3% Kita Bagaimana?

Singapura

PARA pekerja Singapura boleh menjangkakan kenaikan gaji sebanyak 3 peratus tahun depan berbanding 2 peratus yang dinikmati tahun ini, menurut firma pekerjaan, ECA International.
Tinjauan Trend Gaji terbaru firma tersebut menunjukkan bahawa kadar kenaikan gaji itu lebih tinggi berbanding di China, India, Indonesia dan Vietnam.
Kenaikan gaji paling rendah dijangka berlaku di Jepun.
Pengarah Serantau ECA International bagi Asia, Encik Lee Quane, berkata kenaikan gaji yang diramalkan bagi Singapura lebih rendah berbanding kadar kenaikan purata serantau. Ia serupa dengan di Hongkong dan Taiwan.
Ini disebabkan oleh ekonomi-ekonomi maju ini mempunyai kadar inflasi yang rendah.
Tinjauan itu juga mendapati kenaikan gaji di rantau ini diramalkan purata 5 peratus pada tahun depan, seganda daripada tahun ini.
Encik Quane berkata ramalan-ramalan itu merupakan petanda bahawa syarikat-syarikat yang beroperasi di rantau ini lebih yakin terhadap suasana ekonomi berbanding setahun lalu.
Ramalan tersebut mengandaikan bahawa banyak majikan sedang cuba mengimbal balik hakikat bahawa para pekerja mereka menikmati kenaikan gaji yang kecil atau tiada sama sekali.

Tiada ulasan: