Muar :Tindakan GPK Koku Sekolah Menengah Memalukan Pelajar Amat Dikesali

Muar, Rabu - Ibu dan bapa seorang pelajar sebuah sekolah menengah perempuan satu sesi di daerah Muar amat terkilan dan kesal dengan tindakan GPK Kokurikulum sekolah itu yang mengenakan tindakan memalukan anaknya di hadapan pelajar lain kerana didapati bersalah hanya memakai tudung yang kurang sesuai.

Pelajar tersebut didapati bersalah kerana memakai tudung yang bersulam ditepinya dan dipanggil ke pejabat. Guru berkenaan mengarahkan pelajar itu menanggalkan tudungnya dan memakai telekung. Tudung kesayangannya pula dirampas. Kemudian pelajar itu diarahkan pergi ke kedai koperasi sekolah untuk membeli tudung. Dengan perasaan yang teramat malu pelajar itu terpaksa melalui kawasan perhimpunan pagi untuk ke kedai koperasi  dan ditertawakan oleh pelajar-pelajar lain.


" Anak saya terlupa yang hari ini adalah hari kokurikulum, semua pelajar mesti berpakaian uniform persatuan. Oleh sebab kesuntukan masa anak saya capai saja tudung hitam bersulam yang ada kerana tudung pakaian uniform persatuan belum bergosok, " katanya.
" Apa yang saya kesalkan, selama 3 tahun anak saya menuntut di sekolah itu belum pernah melanggar peraturan sekolah dan ini adalah kesalahan pertama. Sepatutnya guru berkenaan menyemak data rekod disiplin pelajar terlebih dahulu sebelum mengenakan hukuman. Saya rasa, kesalahan pertama diberikan amaran dan hukuman kena membeli tudung sudah memadai, tak perlulah dimalukan. Anak saya mendakwa dirinya seperti orang tak siuman dipaksa berpakaian seperti itu di depan rakan. Anak saya sangat sedih, dan marah dengan tindakan GPK Kokurikulum itu kerana ramai pelajar yang sudah melakukan kesalahan beberapa kali tetapi terlepas daripada dikenakan tindakan," jelas bapa pelajar itu lagi


Tambah bapa pelajar tersebut, anaknya merupakan antara calon cemerlang PMR sekolah itu tahun ini. Akibat tindakan guru tersebut perasaan anaknya  tertekan, sedih dan murung sepanjang hari. Bapa pelajar berkenaan bimbang anaknya tidak ada lagi perasaan hormat kepada  guru
tersebut.

1 ulasan:

Anonymous berkata...

Bang,kawan susah nak cakap dalam hal ni,Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.